Pada
tahap ini, Iblis telah menggoda wanita bahawa, dengan adanya hijab,
kecantikan, keaslian, keistimewaan diri wanita itu tidak akan
terserlah jika mereka terus-menerus menutupi diri mereka dengan
hijab. Mereka harus membuka dan menghias diri mereka secantik mungkin
bagi meningkatkan keyakinan serta penampilan mereka pada pandangan
mata kaum lelaki agar mudah diterima. Jika mereka masih menutup
badan, mereka akan dikatakan sebagai ketinggalan zaman dan tidak
maju! Inilah kekeliruan yang dibisikkan dalam hati kaum Hawa.
Zaman
demi zaman, cara dan gaya kehidupan manusia berubah dan fesyen turut
berubah! Maka wanita turut berubah atas nama fesyen! Inilah yang
berlaku kepada kaum Hawa yang terpedaya dengan bisikan Iblis di
hatinya! Berbeza pula dengan seorang wanita atau sekolompok kaum Hawa
yang masih mengekalkan cara berpakaian dengan mengenakan hijab.
Mereka tetap berpegang teguh dengan prinsip walaupun fesyen berubah!
Inilah yang dikatakan sebagai ikan di lautan tetap tidak akan masin
walaupun keseluruhan air laut itu masin. Walau apa pun keadaan yang
berubah, mereka tetap berpegang kepada prinsip dan inilah kaum yang
tidak terpedaya dengan bisikan Iblis.
Namun
yang demikian, sumpah Iblis ini adalah satu sumpah yang serius dan
ianya begitu besar maknanya bagi Iblis. Mereka tidak akan berhenti
dari terus membisikkan ke dalam hati kaum Hawa. Akhirnya, Iblis
akan membisikkan seperti ini kepada kaum Hawa untuk membawa sekali
kaum Adam ke lembah maksiat dengan mengatakan,
“Tak
mengapakan jika kita mengangkat sedikit kain di bahagian pergelangan
tangan hingga ke siku! Bukankah tapak tangan boleh dilihat dan lelaki
sudah biasa melihat tapak tangan perempuan. Barulah nampak
cantik. Gaya fesyen muslimah terkini. Tengok! Kan tiada apa-apa
kesan. Lelaki biasa sahaja jika melihat bahagian lengan hingga ke
siku!”
Apabila
pergelangan tangan hingga ke siku sudah biasa dibuka, maka datang
lagi bisikan yang seterusnya,
“Bahagian
sudah lama dibuka. Sudah biasa. Masih tidak ada apa-apa kesan kepada
sesiapa pun. Sekarang, suhu di negara kita panas. Jika kita sering
menutup bahagian leher kita, maka kita akan berasa tidak selesa dan
panas! Jika kita buka di bahagian leher, maka kita tidak akan berasa
panas malah lebih selesa untuk bergerak ke mana-mana!”
Maka,
fesyen terbaru dipakai oleh golongan Hawa atas alasan panas di dunia.
Bermulalah episod membuka di bahagian leher dan kemudian kaum lelaki
mula melihat dengan jelingan yang ringan di bahagian leher kaum
wanita.
Suara
itu terus berbisik lagi dengan mengatakan,
“Banyak
lagi fesyen-fesyen terbaru yang ada di pasaran! Tidak mahukah kita
ingin mencubanya?! Rugi kalau kita tidak mencubanya sebab fesyen
terkini akan membuatkan kita berasa lebih yakin dengan diri kita!”
Maka
bisikan itu dibeeli oleh hati yang sudah lama dibiarkan dengan
bisikan Iblis. Akhirnya, wanita hari ini berpakaian tetapi hakikatnya
telanjang! Inilah bisikan yang terus-menerus, bertimpa-timpa kepada
kaum wanita sehinggakan mereka ditelanjangi oleh Iblis! Jika wanita
sudah ditelanjangi, apakah reaksi kaum lelaki? Adakah mereka mampu
bertahan dengan keadaan wanita hari ini yang sudah ditelanjangkan
oleh iblis? Bukankah itu ruang yang sudah diselesaikan oleh Iblis
untuk kaum lelaki melakukan maksiat mata, tangan, hati, kemaluan dan
semuanya dengan wanita! Betapa ramainya wanita yang sudah
ditelanjangkan oleh Iblis!
Disediakan
untuk lelaki juga dibisikkan kepada hatinya dengan berkata,
“Engkau
tak mahu tengokkah perempuan itu? Dia kan sudah bersedia dilayani
oleh engkau! Tak ada siapa yang tahu. Lihatlah di bahagian lehernya
yang putih itu. Lihatlah kulit putih dan gebu perempuan itu. Dia
sedang menunggu respons dari kamu!”
Bukankah
bisikan ini bisikan yang paling sukar untuk ditolak oleh semua lelaki
kecuali mereka yang diberikan kekuatan.
(Daripada
buku ‘Bila Zina Menjadi Budaya’)
Begitulah
sedikit perkongsian yang ingin kami kongsi daripada buku tersebut.
Betapa liciknya syaitan dalam membisikkan dusta dalam hati kita.
Antara
adab ketika berpakaian adalah memakai pakaian yang tidak ketat yang
menampakkan bentuk tubuh si pemakai terutamanya kepada kaum wanita.
Dalam hal ini Nabi SAW telah menyatakan sepertimana yang diriwayatkan
oleh Imam Muslim dalam Sahihnya bahawa antara golongan yang akan
diazab oleh Allah dalam api neraka adalah golongan perempuan yang
disebut ‘Kaasiyat
Aariyat’ iaitu
wanita-wanita yang memakai pakaian dengan mendedahkan sebahagian
bentuk tubuhnya. Salah seorang ulama’ terkenal iaitu Sheikh
Muhammad bin Salih al-Uthaimin ketika mengulas hadith ini
beliau menyatakan bahawa yang dimaksudkan golongan ini antaranya
perempuan yang menampakkan bentuk tubuh badan sama ada dengan pakaian
yang ketat, jarang mahupun terdedah sebahagian daripada tubuh
badannya yang telah dilarang oleh syariat Islam.
Bagi
kaum lelaki juga mereka tidak digalakkan untuk memakai pakaian yang
ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh pada bahagian aurat mereka
dan hukumnya adalah makruh sepertimana yang diterangkan oleh Imam
al-Nawawi dalam karyanya al-Majmu’.
Semoga
kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat redha Allah.
Disediakan
oleh:NURAINI BINTI SAPARI
No comments:
Post a Comment