Friday, 22 February 2013

PENGORBANAN DAN KESETIAAN DALAM PERHUBUNGAN...



Ibu...inilah insan yang paling kita sayang kan dalam dunia ini.Tiada dua hanya satu.Hilangnye kasih ibu tiada pengganti.Ibu jugalah yang membesarkan kita sewaktu kita kecil.Suap kita nasi masa kita tak pandai makan sendiri,lap mulut kita kalau comot,susukan kita,mandikan kita dan banyak lagi dan semua itu ibu yang buat.Dia sorang jer.Mesti dia letih masa nak jaga kita dulu tapi dia tak pernah pun merungut pun kan.Itulah ibu.

Kadang -kadang mesti kita pernah buat ibu terasa kan.Jahat kita kan?ibu..maafkan anakmu ini tetapi walau macam mana pun kita buat dekat dia.Dia tetap sayang kat kita dan kalau boleh rasa kecil hati dekat kita itu pun dia nak sembunyikan.Mulianya hati seorang ibu.Susah nak jumpa hati macam ini selain hati ibu kita.Hargai,hargai dan hargailah Ibu.

Aku sayang sangat ibu aku.macam mana korang semua.?Mestilah kan.Korang pernah terbayang tak kalau 1 hari nanti ibu korang tak ade lagi.Hmm kalau aku,aku tak sanggup kehilangan dia sebab aku ada dia seorang sahaja dalam dunia ini.Susah aku nak gambarkan.Pada korang yang masih ada keduanya hargailah mereka sebaik-baiknya,sayangilah mereka okey . (^_^)




Sahabat...banyak yang bercakap tentangya..begitu juga dengan maknanya sahabat itu sendiri.Bagi aku sahabat itu adalah insan yang sangat bermakna untuk kita.Dia insan yang paling dan paling setia bersama kita.Dia yang sentiasa ada bersama kita sewaktu susah dan senang.Dan bila kita sedih,jatuh. Dialah yang membahagiakan kita,membuat hati kita tertawa dengan keletah dan senda guraunya.Itulah saat yang paling bahagia dan itulah nilai sebuah persahabatan.Tapi pada masa sekarang ini susah nak dapat sahabat macam itu kan?Ramai yang datang pada kita tetapi bukan untuk menjadi sahabat,kebanyakkannya hanya menganggap kita sebagai kawannya dan bagi aku sahabat dan kawan begitu jauh perbezaannnya.Jauh tersangat jauh ibarat langit dengan bumi.

Kawan biasa akan bersama kita sewaktu kita senang sahaja tetapi apabila kita susah dialah orang yang pertama,pertama yang pergi dari kita.Bagi aku orang macam ini tidak layak dipanggil sahabat langsung pun.Orang seperti ini hanya mengambil kesempatan atas kesenangan yang kita miliki.Jahat kan?Aku memang geram orang seperti ini.Hakikatnya sekarang memang ramai orang macam ini.Susah dah nak beza mana sahabat dan mana kawan kan?Hai.pandai-pandailah kita pilih kan?Bukan apa takut nanti kita pulak yang jadi mangsa untuk orang-orang macam ini.Berjaga jagalah kan.

Sesungguhnya sahabat yang baik akan sentiasa mengingatkan kita pada Allah.Tak perlu yang berduit,tak perlu yang cantik dan tak perlu yang pandai.cukuplah kesetiaan dan kepercayaan yang diberikan .moga moga persahabatan kita kekal selamanya.amin..sayang kamu sahabat.   =)


No comments:

Post a Comment