TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI DI TERENGGANU
Terengganu sebuah
negeri yang mempunyai banyak tempat menarik terdiri dari Khazanah Alam
semulajadi dan Sejarah,ia amat sesuai untuk pelancong Domestic.
PULAU KAPAS
PULAU KAPAS
Pulau Kapas terletak
sekitar 5 batu noktikal atau 6km dari pantai Marang, Terengganu. Pulau ini
adalah tempat di mana banyak penduduk tempatan dan pelacong asing pergi kerana
kemudahan jalan keluar yang cepat dari jeti Marang. Anda akan dapat sampai ke
pulau itu dalam masa 10 minit dengan bot laju dari jeti Marang. Marang terletak
18km sebelah selatan Kuala Terengganu dan 13km dari Fuzias Homestay.
|
|
Aktiviti yang boleh anda lakukan di pulau ini adalah renang,
snorkelling, menyelam, luncur angin , memancing, berkayak. Aktiviti boat seperti
perahu pisang tidak dibenarkan di sini. Apabila anda menyelam atau snorkeling,
anda akan dapat melihat ikan berwarna-warni, batu karang, penyu dan makhluk
laut yang lain di sekitar pulau. . Perhatian kepada penyelam, bahawa ada
terdapat kapal karam dari Perang Dunia II di utara Pulau Gemia di mana anda
boleh pergi untuk aktiviti menyelam.
Pasar Payang atau Pasar Kedai Payang merupakan tempat perniagaan tradisional yang popular dikalangan pelancong ke Terengganu. Pasar Payang terdiri daripada bangunan kompleks 2 tingkat. Di bahagian bawahnya terdapat gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuih-muih traditional negeri Terengganu. Di bahagian atas terdapat pelbagai kedai menjual pelbagai barangan. Ia terletak berhampiran dengan jeti Shabandar dan merupakan tempat persinggahan pelancong yang hendak menaiki bot ke pulau-pulau berhampiran.
Pasar Kedai Payang terletak di bandar Kuala Terengganu, Terengganu betul-betul mengadap Laut China Selatan. Bangunan pasar ini dua tingkat terbahagi kepada dua jenis barang utama. Bahagian bawah menjual barangan dapur. Sementara tingkat atas menjual pakaian terutama batik Terengganu dan songket tenunan Melayu
TASIK KENYIR
Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai Kenyir, Terengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.
Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya terutama Kuala Berang telah mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri. Tasik ini merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak kewujudannya. Ia siap dibina pada 1988.
No comments:
Post a Comment